Jumaat, 3 Disember 2010

5 cara untuk berjimat cermat

saya ingin menambahkan 5 cara berkesan untuk berjimat.

1. Penjimatan harian 1

Setiap hari, kita akan berbelanja. Kita berbelanja untuk barang-barang keperluan dapur, mengisi minyak, membeli buku, membeli suratkhabar, dan sebagainya. Tahukah anda, anda boleh mendapatkan penjimatan dengan membandingkan harga bagi sesuatu barang di antara beberapa buah kedai dan juga laman web jualan internet sebelum membuat keputusan pembelian sesuatu barang untuk mendapatkan nilai terendah? Pastikan anda melakukan perbandingan harga ini kerana anda yang untung. Setiap sen penjimatan ini bolehlah anda masukkan ke tabung anda. Walaupun kedengaran seperti tiada apa-apa, tetapi nilai penjimatan sebenar adalah tinggi. Bayangkan 40% penjimatan dari RM100. Fuh, RM40 tu.

2. Penjimatan Harian 2

Menebus mata ganjaran juga mampu menjimatkan anda. Selain BonusLink atau RealRewards, kad kredit juga mempunyai sistem mata ganjaran. Mungkin anda boleh menebus barang-barang keperluan anda dari mata ganjaran ini untuk lebih penjimatan.

3. Penjimatan Harian 3

Selain membeli barang pada harga terendah, penjimatan juga boleh dilakukan dengan menghasilkan sendiri barang-barang keperluan harian. Paling mudah adalah bercucuk tanam.
Siapa kata tinggal di apartment atau rumah flat tidak boleh bercucuk tanam? Gunakan beg plastik beras 10kg anda. Bagaimana? Tebuk lubang-lubang kecil untuk pengudaraan dan aliran air keluar pada beg plastik tersebut. Kemudian isi tanah campuran tanah laterit dan tanah bakar di beg plastik tersebut (sila dapatkan nasihat pakar bagi nisbah tanah bagi keputusan terbaik). Tanamlah sayur-sayuran anda dan jagalah kadar siraman dan pembajaan (baja organik seperti baja tahi ayam atau baja tahi kambing boleh digunakan dan mudah didapati di “nursery” pokok hiasan dengan mudah) kerana tanah ini berbeza dari tanah di bumi. Setiap hasil tanaman anda boleh dimakan dan anda boleh memastikan penghasilannya tidak menggunakan bahan bukan organik.
Sekiranya rajin, anda mungkin boleh membela ikan keli di dalam akuarium sebagai tambahan sumber. Apabila anda mempunyai lebihan hasilan produk sara diri ini, jangan gusar untuk menjualnya ke mana-mana kedai yang mahu membelinya.

4. Penjimatan Harian 4

DIY atau “Do It Yourself” merupakan satu cara untuk berjimat. Anda boleh mencuci kereta sendiri, membetulkan paip di sinki dapur sendiri atau menjahit pakaian raya sendiri. Anda pasti akan berpuas hati dengan nilai yang anda mampu jimatkan dengan melakukan sendiri kerja-kerja yang ringkas. Tetapi awas, jangan jadi “seperti tikus membaiki labu”. Anda harus akui batas-batas pengetahuan dan keupayaan anda. Terima kasih kerana tidak membaiki apa-apa yang diluar pengetahuan dan keupayaan anda kerana sekiranya anda mungkin meningkatkan kadar kerosakan barang tersebut.

5. Penjimatan Harian 5

Ini adalah cara yang paling ekstrim. Tetapi bagi kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Britain, dan sebagainya, cara ini semakin diterima pakai terutamanya bagi pencinta alam. Menghasilkan elektrik sendiri dan mewujudkan keperluan air sendiri. Penghasilan elektrik yang semakin popular termasuklah penggunan panel solar, kincir angin individu dan sistem hidro mini. Bagi keperluan air sendiri pula, sistem empangan mini atau sistem tadahan air hujan (lengkap dengan sistem rawatan air) semakin diterima. Setiap sistem ini memerlukan modal permulaan yang tinggi, tetapi berpotensi untuk menjana pendapatan sekiranya mampu menjual bekalan elektrik atau air bersih lebihan kepada jiran-jiran. Ekstrim bukan, kerana jangan berangan-angan memilih cara ini sekiranya ilmu tidak mencukupi.

Penutup

Akhir kata, perlu diingat senarai ini dan e-book yang saya kirinkan bukanlah senarai mutakhir cara berjimat. Ini hanyalah SEBAHAGIAN sahaja dari cara-cara menyimpan duit. Anda perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan anda.

9 cara berkesan simpan duit

Langkah pertama menuju ke arah kebebasan kewangan ialah dengan menyimpan. Di mana-mana anda membaca, semuanya menegaskan perkara ini. Pernyataan-pernyataan, “Simpanlah wang anda”, “Menabunglah wang anda”, “Menabung adalah langkah pertama untuk melabur”, dan sebagainya.

Di sini, saya ingin berkongsi 9 cara berkesan menyimpan wang anda.

1. Peruntukkan suatu nilai tetap sebagai nilai simpanan bulanan

Cara utama untuk menabung ialah dengan menetapkan simpanan bulanan secara tetap dari pendapatan (atau wang saku/elaun bulanan bagi yang belum bekerja). Kebanyakan nasihat memilih 10% dari jumlah pendapatan bulanan sebagai nilai minimum. Lebih tinggi nilai simpanan adalah lebih bagus, tetapi pastikan anda telah menunaikan semua tanggungjawab anda terlebih dahulu.

2. Bonus tahunan/prestasi

Bonus merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi setiap pekerja. Tanpa bonus, sebuah kompeni mungkin akan kehilangan pekerja-pekerja hebatnya. Tetapi, adakah berbaloi untuk menghabiskan semua wang bonus hasil susah payah anda selama setahun itu? Huhuhu. Apa kata anda songsangkan PRINSIP MEMBELANJAKAN WANG GAJI anda untuk diaplikasikan ke atas bajet wang bonus anda? Maksud saya, membelanjakan 10% sahaja dan bakinya sebanyak 90% disimpan :)

3. Elaun tambahan

Kebiasaannya, pekerja-pekerja yang perlu bekerja di luar pejabat akan diberikan elaun tambahan. Di antaranya termasuklah elaun minyak, tol, “mileage”, makan, dan sebagainya. Bukan senang untuk menguruskan wang elaun ini, kerana kebiasaannya anda perlu mengeluarkan belanja sendiri dahulu sebelum membuat tuntutan (atau “claim”) dari kompeni anda. Sesetengah kompeni akan membayar semula tuntutan tersebut selepas sebulan. Sebilangannya hanya akan membayar semula tuntutan tersebut hanya selepas dua bulan. Berhati-hati dengan elaun ini. PERUNTUKKAN DAHULU UNTUK KEGUNAAN BULAN BERIKUTNYA BAGI KEGUNAAN TUGASAN LUAR PEJABAT DARI NILAI TUNTUTAN ELAUN YANG DITERIMA SEBELUM ANDA MENYIMPAN. Tiada gunanya sekiranya anda perlu meminjam wang orang lain kerana tujuan anda menyimpan adalah KEBEBASAN KEWANGAN.

4. Kenaikan gaji tahunan

Saban tahun, kebanyakan syarikat akan menghadiahkan kenaikan gaji tahunan bagi pekerja-pekerjanya. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mentaksirkan semula bajet perbelanjaan bulanan anda untuk disesuaikan dengan gaji baru anda. Idealnya, simpan semua kenaikan gaji anda. Tetapi, dalam dunia sebenar, berikanlah sedikit ruang untuk anda merasai dan menikmati kenikmatan kenaikan gaji tersebut. Anda memerlukan motivasi untuk terus kekal menabung. Peruntukkanlah sebahagian kecil wang anda seperti menghadiahkan sehelai baju baru untuk diri anda sendiri 

5. Pendapatan tambahan

Menambah wang pendapatan sudah tentulah dapat menambahkan nilai tabungan, SEKIRANYA anda tidak menjolikan ksemua pendapatan tambahan tesebut. Cubalah berniaga kecil-kecilan (“online” atau “offline”) atau menjadi ejen insuran atau menjadi ejen Unit amanah (juga dikenali sebagai “unit trust”) sebagai langkah awal. Sekiranya anda berani, mempunyai modal besar, dan mempunyai ilmu, mungkin boleh melibatkan diri di dalam saham ekuiti, atau hartanah, atau mungkin juga pasaran hadapan.

6. Menyimpan setiap nilai penjimatan

Simpanlah setiap sen yang berjaya dijimatkan pada setiap kali anda berbelanja. Bagaimana untuk berjimat? Terlalu banyak cara. Sila baca bacaan lanjut pada post di atas.

7. Wang syiling

Hampir semua barang-barang yang dijual bukanlah bernilai genap RM seperti RM1 atau RM10. Kebanyakannya akan bernilai RM1.60, RM10.10, dan sebagainya. Setiap kali kita membuat pembayaran bagi barang-barang ini, kita akan diberi baki wang syiling. Dapatkan sekurang-kurangnya sebuah tabung (atau sebarang botol kosong) untuk dijadikan tabung bagi wang syiling tersebut. Sebagai kiraan mudah, ambil nilai RM0.50 sebagai nilai tabungan syiling harian. Darabkan dengan 30 hari, 0.50*30=RM15 bagi setiap bulan. Untuk setahun, darabkan dengan 12, 15*12=RM180. Hah, siapa nak bagi RM180 kepada anda?

8. Lebihan wang perbelanjaan bulanan

Setiap bulan, majikan akan membayar gaji pada satu tarikh yang tetap (mungkin lewat selama 2-3 hari, hehehe). Apabila sampai tarikh gaji masuk, periksa penyata kewangan anda untuk memeriksa jumlah lebihan wang perbelanjaan bulanan anda bagi bulan itu. Ucapkan syabas kepada diri anda kerana anda tidak menjolikan wang lebihan tersebut (menyimpanlah).

9. Bersedekah dan Bayar Zakat

Selain menabung, anda perlu ingat, tiada gunanya mempunyai wang yang banyak sekiranya IA AKAN MENJADI BEBAN DI AKHIRAT KELAK. Bayarlah zakat kerana ia WAJIB. Bersedakahlah kerana di dalam harta anda, Allah telah tetapkan rezeki untuk orang lain. Tetapi, adalah lebih AFDHAL untuk bersedakah kepada keluarga sendiri sebelum orang lain. Selain mendapat pahala sedekah, anda juga telah merapatkan tali silaturrahim sesama keluarga anda, insyaAllah. Jangan bimbang, sedekah dan zakat tidak akan mengurangkan wang anda kerana insyaAllah Allah akan melipatgandakan lagi rezeki anda dan memberkatinya. Amin Ya Allah.

Akhir kata, perlu diingat senarai ini bukanlah senarai mutakhir cara menyimpan duit. Ini hanyalah SEBAHAGIAN sahaja dari cara-cara menyimpan duit. Anda perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan anda.

Mengira Dividen & bonus ASB

Saya ingin berkongsi Konsep pengiraan dividen dan bonus ASB. Tetapi ini hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan ini tepat. Perlu diingat bahawa hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.

Dividen ASB

Konsep asas pengiraan dividen ASB ialah konsep "monthly rest" untuk baki terendah dalam setiap bulan. Perlu diingat bahawa pemberian dividen ini hanyalah dilakukan sekali untuk setiap tahun, iaitu pada bulan Januari. Ini bermaksud, nilai dividen yang diumumkan perlu dibahagikan kepada 12 (12 bulan), dan didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan (bulan januari hingga disember), sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember.

Sebagai contoh, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 8%, dan berikut ialah nilai pelaburan anda dari Januari 2009 sehingga Disember 2009,

Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

Maka, pengiraan dividen berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 8%) adalah seperti berikut,

Dividen ASB
= (jumlah baki terendah setiap bulan)/12*0.08
= (4000+4500+5500+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000+8000)/12*0.08
= RM573.33

Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.08)/12=26.67
Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.08)/12=30.00
Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.08)/12=36.67
Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33
Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.08)/12=53.33

Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM573.31.

Bonus ASB

ASB juga ada memberikan bonus, yang menggunakan konsep "monthly compounding", tetapi nilai yang diberikan ialah untuk tempoh sepuluh (10) tahun. Ini bermaksud, nilai bonus yang diumumkan perlu dibahagikan dengan 120 (10 tahun mempunyai 120 bulan), dan perlu didarab dengan baki terendah bagi setiap bulan, sebelum dijumlahkan bermula dari januari hingga disember. Pemberian bonus juga dilakukan serentak dengan pemberian dividen iaitu pada bulan Januari setiap tahun.

Mari lihat contoh berikut, katakan kadar dividen bagi tahun 2009 diumumkan sebanyak 1%, dan dengan kadar simpanan yang sama untuk kes dividen ASB sebelum ini,

Jan 09, Baki tertinggi: RM5000, Baki terendah: RM4000
Feb 09, Baki tertinggi: RM7000, Baki terendah: RM4500
Mac 09, Baki tertinggi: RM6000, Baki terendah: RM5500
Apr 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Mei 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jun 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Jul 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Ogo 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Sep 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Okt 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Nov 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000
Dis 09, Baki tertinggi: RM8000, Baki terendah: RM8000

Maka, pengiraan bonus ASB berdasarkan baki terendah setiap bulan (pada kadar dividen 1%) adalah seperti berikut,

Jan 09, Baki terendah: RM4000, Dividen=4000*(0.01)/120=0.33
Feb 09, Baki terendah: RM4500, Dividen=4500*(0.01)/120=0.38
Mac 09, Baki terendah: RM5500, Dividen=5500*(0.01)/120=0.46
Apr 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Mei 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Jun 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Jul 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Ogo 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Sep 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Okt 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Nov 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67
Dis 09, Baki terendah: RM8000, Dividen=8000*(0.01)/120=0.67

Dengan itu, jumlah dividen yang diperolehi bagi tahun 2009 ialah RM7.20.

Walau bagaimanapun, saya tidak mengetahui sama ada terdapat sebarang syarat tertentu untuk melayakkan seseorang pencarum mendapatkan bonus tersebut.

Penutup

Suka untuk saya mengingatkan sekali lagi bahawa kiraan di atas hanyalah kiraan kasar dan tiada jaminan kiraan tersebut adalah tepat. Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sahaja mengetahui kiraan sebenar dividen dan bonus ASB. Walau bagaimanapun, Kiraan kasar ini boleh digunakan untuk membuat simulasi menggunakan perisian Microsoft Excel sebagai panduan persendirian.

Terima kasih untuk sebarang komen terhadap kiraan kasar di atas. Saya juga amat mengalu-alukan sekiranya anda ingin berkongsi sebarang maklumat tambahan atau mungkin simulasi dividen dan bonus ASB anda sendiri.

Rabu, 24 November 2010

Apa yg anda perlu tahu tentang PERSONAL LOAN

Bila sebut personal loan atau pembiayaan peribadi ni, semuanya dibuat
ikut kadar tetap. Jarang saya lihat, bank beri personal loan dan
kadarnya berubah ubah macam housing loan.
Yang anda perlu faham adalah, untuk membezakan mana loankadar sebenar (effective rate atau APR
rate) yang
termurah, anda perlu semak , bukan kadar tetap atau kadar BLR.
Sebab saya dapati, banyak bank / promoter bank bila promote personal
loan ni, tak dedahkan kadar efektif sebenar loan mereka, terutama
sekali skim pembiayaan islamik (sebab jarang jumpa ada personal loan
konvensional). Mereka promosi dengan menggunakan kadar tetap nominal,
iaitu kadar tetap pada nama sahaja, bukan kadar sebenar. Pelanggan
ingat murah, tapi kadar sebenar hampir 2x ganda.
Sebagai contoh, Loan Al-Rajhi ambil loan RM11,000 untuk 5 tahun pada
kadar tetap 8% setahun (promosi raya lepas 8%, normal rate 8.5%
setahun), kadar sebenarnya adalah lebih 14% setahun (kalau iklan 8%)
atau 14.92% setahun (kalau iklan 8.5% setahun). Ambil Loan RM11,000
untuk 5 tahun pada kadar 8% setahun, ansuran bulanannya adalah RM256
sebulan.
Kalau ambil housing loan, BLR naik sampai 14% setahun tentu anda
mengamuk dan rasa tertekan. Tapi personal loan kena 14%-15%, hampir
tinggi macam interest kad kredit, kita buat tak kisah pula sebab
sangka ianya rendah 8% setahun.
Kalau anda tak percaya, cuba guna calculator housing loan biasa, letak
jumlah loan RM11,000 untuk 5 tahun pada kadar 14% setahun, dan anda
akan dapat ANSURAN BULANAN YANG SAMA, IAITU RM256 SEBULAN. Kebetulan?
TIDAK? Inilah yang ramai orang TAK TAHU.
Oleh itu, sebelum ambil personal loan, fikir masak-masak berbaloi ke
ambil personal loan. Kalau untuk keperluan mendesak, untuk modal
perniagaan yang terjamin pulangannya lebih 15% setahun atau untuk
memindahkan hutang kad kredit yang interestnya tinggi kepada personal
loan, tak mengapalah jugak.
Kalau saja-saja ambil personal loan untuk memenuhi selera dan
keinginan sendiri, pada saya itu mencari masalah namanya, kerana anda
tak uruskan ALIRAN TUNAI (monthly cash-flow) dengan baik, sehingga
terpaksa berbelanja dengan berhutang melebihi pendapatan bulanan.
Berikut adalah kadar profit sebenar untuk semua bank popular di
Malaysia. Ini sekadar perbandingan ringkas, bertujuan untuk rujukan
umum. Bukan untuk memburuk burukkan mana mana bank.
Kadar Personal Financing Antara Bank
* Nota = Kadar sebenar APR di bawah tidak mengambil kira processing
fees yang berlainan antara bank.
1. Bank Rakyat Aslah Financing-i (Post Dated Cheques – Swasta)
Tempoh Pembiayaan (Tahun)
Bank Rakyat’s Membership 2 – 3 4 – 5 6 – 7
Member 6.80% 6.85% 6.90%
Non-Member 6.85% 6.90% 7.00%
* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 12.25% setahun
untuk 5 tahun
2. Bank Rakyat Aslah Financing-i (Untuk Kakitangan Awam/Berkanun)
dengan kemudahan Biro Angkasa – BPA / Salary Deduction From Employer)
Tempoh Pembiayaan (Tahun)
Bank Rakyat’s Membership < 3 4 – 5 6 – 7 8 – 10
Member 5.60% 5.80% 5.85% 5.90%
Non-Member 5.65% 5.85% 5.90% 5.95%
* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 10.50% setahun
untuk 5 tahun
————————————————————————-
Bank Islam Personal Financing
Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate
1 – 5 tahun
6.8% setahun 6 – 7 tahun 7.0% setahun
* Kadar Sebenar (APR) Bank Islam Personal Financing = 12.15% setahun
untuk 5 tahun
————————————————————————-
RHB Personal Financing
Profit Margin
Personal financing – Reducing Balance Method
1 – 7 tahun 1% sebulan
* Kadar Sebenar (APR) RHB Personal Financing = 12.10% setahun untuk 5 tahun
————————————————————————-
Standard Chartered Saadiq Personal Financing
Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate 1 – 5 years 0.71% per month
* Kadar Sebenar (APR) SCB Saadiq Personal Financing = 14.10% setahun
untuk 5 tahun
————————————————————————-
Al-Rajhi Personal Financing
Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate 2 – 5 tahun
Kadar biasa
8.50 % setahun
* Kadar Sebenar (APR) Al-Rajhi Personal Financing = 14.92% setahun
untuk 5 tahun
Al-Rajhi Personal Financing
Profit Margin
Personal financing – Fixed Nominal Rate 2 – 5 tahun
Kadar promosi
8.00 % setahun
* Kadar Sebenar (APR) Al-Rajhi Personal Financing = 14.00% setahun
untuk 5 tahun

Khamis, 18 November 2010

DAPATKAN KERETA PERTAMA ANDA

Setelah berusaha gigih menamatkan pengajian, tiba masanya untuk anda memiliki kereta sendiri. Nikmati kemudahan pembiayaan 100% kami pada kadar yang mampu dibayar serta tempoh pembayaran semula yang fleksibel. Kini anda bersedia untuk menempuh gerbang kejayaan.

Manfaat:-

* Margin pembiayaan yang lebih tinggi - sehingga 100%
* Tempoh pembiayaan yang lebih lama - sehingga 10 tahun
* Kadar pembiayaan yang kompetitif untuk kereta model tempatan
* Kelulusan segera

Ciri-ciri:-

* Margin tersedia sehingga 100%
* Untuk pembiayaan kereta baru
* Hanya memerlukan seorang penjamin (jika perlu)
* Tempoh sehingga 10 tahun
* Umur pemohon kurang dari 30 tahun
* Tiada lesen memandu?, boleh memohon juga.

Kelayakan Gaji Minima?

Kelayakan Gaji pembeli kereta mempengaruhi kelulusan pinjaman kereta di Bank. Ramai yang tidak tahu bahawa bayaran bulanan Pinjaman Sewa Beli dipengaruhi dari Gaji Bulanan peminjam/pemohon. Saya akan tuliskan formula ini :

Pemohon berminat membeli ViVA 660 BX Manual dengan harga atas jalan adalah RM 25,300.00 dan bayaran bulanan RM 297.27 bagi tempoh 10 tahun.

Kelayakan Gaji Pemohon Minima : RM 891.81 (Gaji Bersih)

Formulanya : RM 297.27 X 3 : RM 891.81, formula ini digunakan oleh semua bank.

Jika gaji pemohon tidak melepasi formula diatas, kebiasaanya pihak bank akan meminta Penjamin.

Penjamin? :-

* Ibu/Bapa yang masih bekerja atau mempunyai pendapatan sampingan atau mendapat skim pencen


Dokumen untuk permohonan pinjaman:-

* Salinan kad pengenalan
* Salinan lesen memandu
* Salinan sijil diploma/ijazah
* Surat tawaran/pengesahan/perlantikan jawatan
* Salinan slip gaji - 1 Bulan (jika ada)
* Salinan penyata bank - 1 Bulan (jika ada)

Cara Penghantaran Dokumen:-

1. Scan & Email Dokumen kepada shahrizul.ismail@yahoo.com.my
2. Pengambilan Dokumen "by hand" atau "door to door" (Pulau Pinang sahaja)

Proses:

1. Setelah dokumen lengkap di perolehi, permohonan pinjaman akan di hantar terus ke Bank Islam 2.Penghantaran secara "by-hand", tidak perlu gusar, permohonan anda akan di proses.
3.Kesabaran anda menanti panggilan telefon/teruramah dari pegawai bank islam amat di hargai.
Model KeretaHarga Atas JalanBayaran Bulanan(10 Tahun)
ViVA 660 BX ManualRM 25,300.00RM 302.55
ViVA 660 EX ManualRM 28,900.00RM 345.60
ViVA 850 ManualRM 32,900.00RM 393.43
ViVA 1.0 AutomaticRM 36,900.00RM 441.26
ViVA ELITE MT ManualRM 37,900.00RM 453.22
ViVA ELITE AT AutomaticRM 40,900.00RM 489.10
ViVA ELITE EZi AutomaticRM 44,900.00RM 536.93
Myvi SR 1.0 ManualRM 39,447.30RM 471.72
Myvi SX 1.3 ManualRM 43,900.00RM 524.97
Myvi EZ 1.3 AutomaticRM 46,900.00RM 560.85
Myvi SXi Premium 1.3 ManualRM 46,700.00RM 558.45
Myvi EZi Premium 1.3 AutomaticRM 49,700.00RM 594.33
Myvi SE GHS ManualRM 50,400.00RM 602.70
Myvi SE ZHS AutomaticRM 53,400.00RM 638.58
Myvi EZL 1.3 Limited Edition AutomaticRM 48,600.00RM 581.17
Bayaran bulanan di kira berdasarkan kadar faedah 4.35% untuk 10 tahun

Pilihan Proton di Gradhitz Bank Islam

Model KeretaHarga Atas JalanBayaran Bulanan(10 Tahun)
Saga 1.3 B-LINE ManualRM 36,998.00RM 442.43
Saga 1.3 B-LINE AutomaticRM 39,998.00RM 478.31
Saga 1.3 M-LINE ManualRM 39,498.00RM 472.33
Saga 1.3 M-LINE AutomaticRM 41,998.00RM 502.23
Saga 1.3 SE ManualRM 42,498.00RM 499.35
Saga 1.3 SE AutomaticRM 44,998.00RM 538.10
Satria Neo 1.6 B-LINE/LITE ManualRM 43,900.00RM 524.97
Satria Neo 1.6 B-LINE/LITE AutomaticRM 46,900.00RM 560.85
Satria Neo 1.6 M-LINE ManualRM 48,463.00RM 579.54
Satria Neo 1.6 M-LINE AutomaticRM 51,463.00RM 615.41
Satria Neo 1.6 H-LINE ManualRM 51,763.00RM 619.00
Satria Neo 1.6 H-LINE AutomaticRM 54,763.00RM 654.87
Satria Neo 1.6 CPS ManualRM 57,763.00RM 690.75
Satria Neo 1.6 CPS AutomaticRM 60,763.00RM 726.62
Persona Elegance 1.6 B-LINE ManualRM 46,499.00RM 556.05
Persona Elegance 1.6 B-LINE AutomaticRM 49,999.00RM 597.90
Persona Elegance 1.6 M-LINE ManualRM 52,999.00RM 633.78
Persona Elegance 1.6 M-LINE AutomaticRM 55,999.00RM 669.65
Persona Elegance 1.6 H-LINE AutomaticRM 59,499.00RM 711.51
Bayaran bulanan di kira berdasarkan kadar faedah 4.35% untuk 10 tahun

Isnin, 15 November 2010

Apa itu SUKUK

Sukuk merupakan nama pada sebuah sijil kewangan dan dapat dilihat sama dengan surat hutang Islam. Namun demikian, fixed income, surat hutang berunsur kepada bunga/faedah adalah tidak diperbolehkan dalam Islam kerana mempunyai unsur riba. Sukuk adalah surat berharga yang sesuai dengan Shariah Islam dan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba.
Sukuk telah berkembang menjadi antara metod pembiayaan pelaburan yang berasaskan prinsip-prinsip Shariah di era ini. Permintaan kepada sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana ianya menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko rendah, pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip Shariah.

Definisi sukuk
Sijil bernilai sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan harta berwujud untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan asset dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus, sijil ini berlaku setelah menerima nilai sukuk , disaat jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.
Sukuk juga boleh dikenali sebagai Bon patuh Syariah. Terdapat beberapa persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia  selalu mempunyai tempoh matang (term maturity), mempunyai kupon profit, serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).
Walaubagaimanapun perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional ialah bon konvensional merupakan klaim seorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur dengan penerbit adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang. Sebagai contoh seorang pelabur melanggan bon bernilai RM 1000 dan setiap tahun akan diberikan faedah sebanyak RM 100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh matang. Setelah Bon itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun itu serta dibayar semula harga hasil bon tersebut iaitu RM 1000.
Bagi sukuk pula, metod pengiraan profit adalah serupa dengan bon konvensional, akan tetapi di dalam kontrak sukuk, klaim seorang pelabur bukan pada aliran wang tunai semata-mata, akan tetapi klaim seorang pelabur adalah pada manfaat sebuah aset yang digunakan oleh wang yang dijana melalui kaedah pembiayaan sukuk. Di dalam kontrak sukuk, wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset. Kemudian pemegang sijil sukuk mempunyai klaim ke atas manfaat yang dijana aset tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contohnya sekiranya pelabur melanggan RM 1000 dengan perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur akan menerima RM 100 setiap tahun dan RM 1100 pada tempoh matang.
Sukuk juga telah distruktur dimana terbitannya bukan pertukaran antara wang dengan dengan sijil semata-mata akan tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan di mana akan membolehkan pelabur menerima keuntungan daripada transaksi tersebut.
Satu lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam situasi di mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/pemiutang pelabur akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula pokok pelaburan. Di dalam sukuk pula, tidak boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih dapat klaim sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.
Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:
1. Sukuk Ijarah: Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati
2. Sukuk Mudharabah: Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal dan pengelola modal
3. Sukuk Musyarakah: Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah modal untuk sebuah motivasi.
4. Sukuk Istisna: Kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek barang.
Kesimpulan
Pelaburan sukuk merupakan antara pelaburan ideal bagi pelabur yang menghendaki pulangan pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang Shariah Compliant. Walaubagaimanapun, terdapat juga kontroversi dan kritikan mengenai beberapa jenis struktur sukuk yang dikatakan miripnya terlalu hampir dengan riba oleh Syeikh Taqi Usmani. Oleh itu sebelum anda membuat keputusan mengenai pelaburan anda, bolehlah membuat sedikit kajian mengenai instrumen sukuk yang anda minati. Di Malaysia ini, cukuplah sekiranya sukuk itu telah diluluskan oleh Shariah Board Suruhanja Sekuriti Malaysia. Anda sudah boleh meyakinkan diri anda untuk melabur dalam sukuk tersebut

Jumaat, 12 November 2010

MRTA VS MLTA ( Part 2 )

saya kongsi serba sedikit ilmu saya yang cetek ini mengenai mrta dan mlta.
dalam pemilihan perlindungan insuran untuk pinjaman perumahan ,kita perlu faham bhawa, komitmen untuk sesebuah homeloan adalah untuk jangka masa panjang...
secara asasnya insuran adalah sesuatu alat kewangan dimana anda memindahkan risiko anda kepada pihak ketiga iaitu syarikat insuran dengan bayaran sejumlah premium untuk sejumlah perlindungan.dalam tempoh pinjaman itu, sebagai manusia,kita terdedah kepada risiko2 didalam kehidupan seharian atau kata lain 'human liability'.
bercerita mengenai risiko, apakah risiko2 yang kemungkinan dihadapi oleh seorang peminjam,

1)Risiko kematian awal
2)Risiko lumpuh kekal
3)Risiko terlibat dalam kemalangan dan hilang anggota badan menyebabkn tidak berupaya untuk berkerja lagi
4)Risiko dihidapi penyakit kritikal yang menyebabkn installment rumah terganngu akibat duit perubatan perlu diutamakn

ini adalah antara2 risiko seseorang peminjam perlu ambil perhatian dalam melindungi pinjaman perumahan mereka.
Dalam pemilihan insuran, anda perlu ambil kira 2 faktor iaitu kos dan juga manfaatnya.
Ada sesetngah kelompok berpendapat, MRTA adalah terbaik kerana kosnya yang murah.TETAPI, apakah manfaat perlindungan selain kematiaan yang diberikan oleh MRTA?
Terus terang saya katakan, tiada betul atau salah untuk seseorang individu memilih MRTA.pilihan ditangan individu itu sendiri.
Untuk membandingkan MRTA dan MLTA dari segi kos sahaja tidak tepat sama sekali kerana MRTA dan MLTA memberikan manfaat yang berbeza pada tuanpunya polisi....

Jika dibandingkan kos antara MRTA dan MLTA, sudah tentu MRTA mendahului carta kerna ia adalah sebuah skim perlindungan insuran secara berkelompok.Dan ia juga merupakan polisi insuran paling murah iaitu TERM POLICY.
Dimana MLTA pula, ia adalah insuran individu dan disebabkn manfaatnya yang melebihi MRTA, sebab itu premiumnya agak tinggi sedikit.

Seperti sekalian tahu, manfaat yang diberikan oleh MRTA hanyalah perlindungan terhadap kematian dan **lumpuh kekal (manfaat lumpuh kekal kadangkala adalah optional bagi sesetangah bank,sila check semula polisi MRTA anda samada ia termasuk sekali atau tidak) terhdapap si peminjam.

Apa akan berlaku pada pinjaman ini jika risiko2 seprti diatas berlaku?
ambil contoh serang sakit jantung.
Masihkah anda perlu bayar installment perumahan ini + installment MRTA dengan interset (jika MRTA dibiayai oleh bank)dan adakah duit perubatan untuk sakit itu perlu dibiayai?
Jawapan kedua2nya YA!

Dari pengalaman hidup saya, tidak pernah lagi saya dengar atau jumpa org meninggal tanpa ada insiden berlaku sebelum kematian...
samada diserang penyakit atau kemalangan baru akan diikuti oleh kematian..

Jadi dengan perlindungan MRTA, adakah ia sekadar cukup untuk melepaskn syarat2 untk dapat pinjman rumah atau adakah manfaat dan perlindungan yang diberi sebenarnya tidak cukup untuk lindungi pinjman rumah anda?? anda sendiri tentukan jawapnya....
Dimana MLTA pula, dari segi kosnya, ia agak tinngi sedikit berbanding dengan MRTA.Walaupun ia agak tinggi sedikit, tetapi ia adalah fleksibel dari segi pembayaranya.Cashflow anda tidak begitu berat dan anda masih boleh 'jingle around' dengan kewangan anda. TETAPI dari segi manfaatnya, tiada alat kewangan lain yang boleh atasinya dari segi manfaat yang diberi oleh MLTA untuk melindungi pinjaman perumahan anda....

Menagapa saya sendiri gemar dengan konsep MLTA dan mengapa saya 24 hour non-stop encourage kawan2 dan customer saya untuk ambil MLTA untuk cover loan rumah....mengapa?
Jawapan; kerna MANFAATNYA....

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai manfaatnya, boleh hubungi saya...

p/s: bukan saya tidak mahu kongsi manfaatnya disini, tetapi ia melibatkn teknikal aspek dan perlu dicerita diatas sekeping kertas putih yang bersih
Saya 100% bersedia untuk berkongsi ilmu MLTA dengan hati yang ikhlas,tetapi saya juga hendak berkongsi dengan mereka2 yang SERIUS untuk ketahuinya dan mempunyai usaha sedikit untuk berjumpa dengan saya.Tiada caj dikenakan dan ia adalah FOC! disamping membantu sahabat2 dan saudara2, membantu juga menaikn saham pahala saya yang serba kekurangan ini...InsyaAllah amin