Jumaat, 12 November 2010

umah flat ke @ ‘umah bawah’??



Semalam, ada org dok tanya “where to start? Go for landed property or apartment?” Aku cuma reply by asking them to read my  blog.


Masa mula2 aku start invest dlm bidang ni, aku dok konpius gak sama ada elok aku beli ‘umah bawah @ landed property atau pun umah flat. Sebabnya kebanyakan buku yg aku baca gtau ‘umah bawah’ ni lebih menguntungkan drpd umah flat @ apartment disebabkan oleh nilai pasarannya yg naik cepat (capital appreciation). Kalo korang tak caya, cuba korang g tgk sebijik ‘umah bawah’ la ni baper harganya dan setahun dr sekrg, korang cuba bandingkan harganya pada masa tu. Kompom naik banyak.

Tapi bila mengenangkan yg pada waktu tu aku takde la banyak sgt duit utk start, so aku pun pilihlah utk membeli umah flat. Dah lah harganya murah, byrn bulanan kat bank pun takdela membebankan sgt.. takat RM300 je sebulan. Cuma dari segi value.. takde la naik secepat ‘umah bawah’. Tapi tak pe yg penting bagi aku, bukannya ‘kekayaan segera’ yg aku cari tapi lebih kepada income bulanan (passive income) bila aku dah retire nanti. Mungkin masa ni aku cuma dpt excess dlm 100 hengget utk sebiji flat tetapi cuba korang bayangkan bila mana semua hutang bank tu telah aku lunaskan dan sewa bulanan pada masa tu plak meningkat.. tak ke untung aku time tu? Tapi tak semua orang sependapat dgn aku dan bagi korang yg mengejar keuntungan segera, mungkin ‘umah bawah’ le jawapannya utk korang..

Tips : ” Tentukan dahulu matlamat anda sebelum memulakan pelaburan di bidang ini. Ingat prinsip berikut : Landed Property = Capital Appreciation / Apartment = Passive Income “

70% je. bunuh diri sajalah ?

Wah.
Harga Rumah = RM200,000
Deposit 30% = RM60,000
Loan to Value ration = 70% = RM140,000 (sahaja, bagi rumah ketiga dan seterusnya)
Hah? RM60k ? Macammana ni?
Saya beli 2 biji rumah dah tapi yg itu both low cost dan itu untuk pelaburan hartanah….beli lak daripada lelong.

Alamak abg junnnn…camne ni?
Apa pendapat korang ?
Aku percaya it kills 35% daripada buyers dalam market.
Aku still rasa boleh bergerak dalam keadaan macam ni. Lebih banyak peluang akan terbuka. Ramai yang menarik diri tetapi….
bagi mereka yang mempunyai simpanan Peluru yang Banyak, inilah masanya untuk menembak!
Ramai yang nak jual rumah akan tersangkut, dan akhirnya dengan rela hati menjual pada harga rendah.
Good luck to all developers with coming new launchers……

Sekarang baru saya tahu

Korang dah tau kan pasal new regulation yang Bank Negara announced last week? Yes, 70% margin for your third house onwards dan aku tau korang memang ternanti-nantikan ulasan dan komen aku tentang ‘benda’ ni. Kalau tidak, takan lah ramai yang tanya pendapat aku tentang ‘benda’ ni. Sebenarnya, sengaja aku tak nak ulas awal-awal pasal ‘benda’ ni (macam yang blogger lain ulas dalam blog diorang) sebab aku nak tau dulu, in reality apa yang sebenarnya berlaku kat dalam market. Banyak benda yang aku kena tahu sebelum aku boleh ulas in detail dan juga sebelum aku boleh menyusun strategi untuk overcome this new rules. Hasilnya, setelah berhabis masa, tenaga dan wang ringgit untuk ‘berdating‘ dengan awek-awek banker yang aku kenal, sedikit sebanyak dapat la aku tahu serba sedikit tentang apa method yang bank gunakan untuk follow arahan BNM ni. Ye la, bak kata pepatah melayu “Kalau kita tak tahu Lisa Surihani tu suka makan apa, camana kita nak ajak dia keluar makan”. Betul tak? Untuk itu, aku kena tahu dulu point-point penting tentang new regulation ni supaya aku masih boleh terus mengumpul  rumah-rumah aku yang seterusnya.
Point 1 : Camane bank boleh tahu aku ada lebih dari 2 rumah? (Point paling penting)
Setelah jenuh aku korek info dari awek-awek banker ni, jawapan yang diberi oleh hampir kesemua awek-awek ni ialah kebanyakan bank akan dapat tahu benda ni melalui CCRIS Report. Bukan setakat loan yang dah sedia ada, loan-loan yang pending disbursement/drawdown pun akan diambil kira. So, korang tak boleh la tarik nafas lega kalau loan rumah korang tu bank belum release lagi sebab ianya still akan diambil kira di dalam menentukan jumlah rumah yang korang ada. So sad kan?
Point 2 : Kalau refinance rumah pun margin dia 70% jugak ke?
Aku tau mesti ada di kalangan korang yang terfikit nak buat macam aku, “refinance rumah dan amik ‘lebihan duit’ untuk cover yang 30% punya downpayment (untuk rumah berikut) tetapi sayang seribu kali sayang sebab untuk kes refinancing ni pun, kalau rumah korang dah memang lebih dari 2, jawabnya margin yang korang dapat still 70%. So, camne nak dapat ‘duit lebih’ kalau macam ni.. huhu.
Inilah antara point-point yang aku rasakan amat penting untuk korang ketahui sebelum aku come out dengan strategi yang patut korang gunakan untuk terus ‘bernyawa’ di dalam bidang hartanah ni .
Setiap kesukaran pasti akan ada jalan keluarnya. Yang penting otak kena sentiasa kreatif mencari jawapannya.

Jadi la ni aku nak share 2-3 cara yang aku boleh terfikir buat masa ini untuk mengatasi masalah takde 30% untuk bayar downpayment rumah yang korang akan beli tu. As a token of appreciation untuk tips yang aku nak bagi ni, nanti aku e-mailkan no akaun bank aku supaya korang boleh bayar komisyen kat aku.. hehe.
Korang tahu kan yang bank akan berpandukan pada CCRIS report korang untuk tengok berapa banyak rumah yang korang ada kan? So, korang jangan le apply kat bank yang pakai CCRIS report untuk checking.
Untuk pengetahuan korang yang baru terjebak dalam bidang pelaburan hartanah ni, sebenarnya selain dari bank ada jugak 2-3 insurance company yang dok offer home loan facility ni dan aku rasa diorang ni tak tertakluk dengan new regulation ni sebab bagi aku, inilah peluang diorang (insurance company) untuk tingkatkan sales. Kalau management diorang ni bijak, diorang boleh promote pakej-pakej yang berbunyi “80% margin for your 3rd house onwards” dan ini peluang baik untuk korang overcome masalah 70% ni. Tak gitu beb? So, its another option for u all untuk dapatkan margin yang lebih tinggi selain dari bank, betul tak?
Dah ada 2 tempat yang korang boleh dapat loan tinggi (aku rasa la), next option is your government loan (untuk yang keje gomen) atau pun korang punya staff loan tapi ini cuma untuk sebijik rumah je tapi its still an option buat korang kan?
So, for another method yang aku tahu, 3 tempat yang korang boleh tuju lepas ni – (1) Bank yang tak pakai CCRIS (2) Insurance company (3) Staff/Government Loan (bagi yang berkenaan)

Dan aku tau jugak ramai property investor yang mengeluh bila 70% regulation tu took place but korang still ada option lain. Jangan jumudkan otak korang dengan home loan facility je, banyak lagi product-product  bank lain yang korang boleh apply to cover up the 20% margin tu. Aku amik contoh Personal Loan. Let say bila korang apply home loan untuk rumah ke 3 korang dan memang confirm yang korang tak boleh dapat 90% loan, jangan lupa submit sekali application untuk dapatkan personal loan, sekurang-kurangnya takde la sangat korang terkedu bila nak kena keluarkan 30% downpayment tu. Memanglah interest dan instalmentnya tak sama dengan home loan tapi apa korang nak kisah kalau profit/benefit yang korang bakal dapat dari rumah tu berkali ganda untungnya. Anyhow, loan is still a loan (sama gak macam contoh kat atas tu). Am I right?
Korang jangan risau, bukan korang je yang pening. Sebenarnya bank-bank/developers lagi pening sebab sales growth diorang for sure akan berkurang dan entri ni sebenarnya boleh memberi idea kat bank-bank untuk overcome this situation supaya ‘growth’ diorang tu takkan terjejas. Maybe bank-bank ni boleh tied-up home loan facility diorang dengan product-product seperti personal loan or maybe developer dah boleh buat satu department yang boleh bagi financing untuk cover the 20% portion tu. Barulah ada win-win situation nanti. Apa pendapat korang? Pasal tu la masa peserta seminar Ahad lepas tanya aku ”apakah effect kepada pelabur macam abangjun jika Bank Negara teruskan hasrat diorang dengan regulation baru tu?” dan jawapan aku “takde effect apa-apa pun” sebab aku dah boleh rasa benda-benda ni akan ada jalannya. So, to those yang rasa nak bunuh diri , sila fikir 2 kali sebab ‘bunuh diri’ atau stop dari main property ni takkan menguntungkan korang pun.. hehe.
AE : Ada sape-sape yang nak offer aku jadik ‘think tank’ company korang tak? Aku rasa macam nak beralih angin la.

Rabu, 10 November 2010

MRTA VS MLTA

First of all, MRTA dan MLTA adalah ringkasan kepada:
MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
MLTA = Mortgage Level Term Assurance
Secara umumnya kedua-dua diatas adalah sebagai pelan perlindungan bagi menyelesaikan baki pinjaman perumahan anda sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal sebelum tamat tempoh pinjaman. Ini bagi memastikan keluarga yang ditinggalkan tidak dibebankan dengan pinjaman perumahan yang belum selesai.
Disini sy ringkaskan serba sedikit penjelasan berkenaan MRTA dan MLTA dan perbezaannya.
MRTA
1. Not Transferable. Tidak boleh dipindahkan. Kalau refinance atau beli rumah baru, kena ambil polisi baru. Cth, refinance rumah yg sama selepas 5 thn, with the same tenure and loan amount, kos MRTA akan meningkat (meningkat ikut umur).
2. Decreasing coverage. MRTA hanya cover baki pinjaman.
3. Insurability is not Guaranteed. Setiap kali membeli polisi MRTA, faktor umur dan kesihatan diambil kira.
4. Sekiranya rumah dijual atau membuat refinance, bayaran balik carumah MRTA yg telah dibayar boleh dituntut dan dibayar secara pro-rate (pro rata) mengikut baki tahun pinjaman.
Cth kes:
Mr A membeli rumah dengan pinjaman RM150k, MRTA juga RM150k, bagi tempoh 30 tahun. Selepas 5 tahun, Mr A mengalamai hilang upaya kekal (TPD). Baki loan adalah RM120k. Maka insuran company akan membayar RM120k kepada bank. Mungkin ada sedikit lebihan yg akan dibayar kepada penama bergantung kepada reducing table MRTA.

MLTA
1. Transferable. Boleh dipindahkan sekiranya membeli rumah baru atau refinance rumah yg sama.
2. Level Coverage. Coverage yg sama sepanjang tempoh loan.
3. Insurability is Guaranteed. Beli hanya sekali, tidak perlu membuktikan tahap kesihatan setiap kali membeli/refinance rumah.
4. Saving and investment return. Sebahagian bayaran premium akan disumbangkan untuk saving, ditambah dengan pulangan dari pelaburan. Cash value (saving + return) boleh dikeluarkan pada bila2 masa atau pada tempoh matang untuk kegunaan tertentu seperti sebagai bayaran pre-payment loan rumah.
5. Cash back. Sekiranya tidak ada ape2 berlaku kepada peminjam/pencarum sehingga tamat tempoh MLTA, pencarum akan mendapat cash hasil dari saving dan pulangan pelaburan.
Cth kes:
Mr B membeli rumah dengan pinjaman RM150k, MLTA juga RM150k, bagi tempoh 30 tahun. Selepas 5 tahun, Mr B mengalami hilang upaya kekal (TPD). Baki loan adalah RM120k. Maka insuran company akan membayar Rm120k kepada bank, dan baki RM30k kepada penama.

Selasa, 9 November 2010

HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURANS

http://emas-amsyiq.blogspot.com/2010/10/hukum-jual-beli-emas-secara-ansuran_08.html

Dah lama benar tidak sempat up datekan blog ini.
Bila berada di kejauhan (Jordon) terasa terpanggil untuk melihat blog. Dan semenjak terlibat bersama pendokong emas dan dinar emas, mahu saya berkongsi tentang emas:
Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran
Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya.
Sebahagiannya menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya. Seperti berikut:
Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini., kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran, kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’ yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini secara ansuran.


Adakah harus jual emas secara ansur, atau ia mistilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki yang lain secara bertempoh.Minta penyelesaian.

Sebahagiannya menjawab:
Maka jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya, Sebahagian nya berpendapat tidak harus jual emas dengan bayaran ansur, bahkan mistilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah nilai duit. Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit, tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama sebabnya pada wujud dan tiadanya”.
Dan yang awlanya (elokny) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan.
Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria:
Harus jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”

Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun “Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait: Emas dan perak tidak harus dijual keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “Serah dalam majlis”

Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi:
Jumhur ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut, mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli denga bertempoh dau ditangguhkan “beransur”
Dan sebahagian fuqaha’ berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan bertempoh dan dengan kard kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih menyeluruh.

Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan perak. Rasulullah s.a.w bersabda:
( لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد(
“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”

Dr Ali Jum’ah mufti Repablik Mesir berpendapat: Adapun Emas dan perak yang dibentuk, maka ia terkeluar dari menjadi harga(pengantara untuk penukaran) dan ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama sebabnhya pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainyua.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in: “Perhiasan yang diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain, sekalipun ia dari bukan sejenisnya. Maka sesungguhnya bentuk ini terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya.
Berdasarkan apa yang telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.

Soalan:
Seorang perempuan hendak membeli emas secara ansuran kerana tidak cukup bajet, lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansur, lalu ia menimbang dan menyebutkan harganya. Berkata tukang emas kepada perempuan tersebut: “saya akan menjualkannya kepada kamu dengan harga ini dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas, lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum jualan ini?
 Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.

Jawab:
Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.
Ditanya syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:
Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mistilah diserahkan lima ribu rial terdsebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”

Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darmu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, keran jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh
Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mistilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.

Kesimpulannya
1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.
2- Oleh kerana menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas, dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang atau kelantan memakan masa.
3- Dari segi keselamatan terdedah kepada bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.
4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh.

Simpan Dinar Emas untuk Naik Haji

Sempena musim haji yang sedang dilakukan oleh para jemaah kita di Mekah sekarang ini, ingin saya kongsi perkara ini kepada rakan-rakan yang dipetik dari blog sahabat saya. Selamat membaca.

Fardhu Haji di Mekah.

"Pelaburan emas fizikal paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2010 hanya perlu 16 dinar sahaja. “
Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk wang kertas sentiasa naik manakala dalam bentuk Dinar Emas adalah dalam trend penurunan. Mengapa terjadi begini? Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa naik, kalau kita perhati secara purata emas naik sekurang-kurangnya 30% setiap tahun.. Ok, kita lihat kiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar..

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 
65 keping.
Tahun 2009:-1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9,036.00
Tahun 2010:-1 Dinar = RM651
Kos Haji = 16 keping (ikut jadual) X RM 651
Jumlah = RM10,416

Dinar yang diperlukan adalah 
16 keping.
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2010 semakin menaik tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”


Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H pada tahun ini dibuka sekarang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
27/10-6/12 KT AWAL (42hari) RM19,870
6/11-17/12 KT AKHIR (42hari) RM18,980
(sumber : HajiUmrah.com)
Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000, biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini 2009/2010 hanya sekitar minimum 16 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun.
Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!

Kesimpulan,
Mari kita menyimpan mula dengan menyimpan 1 Dinar dengan harga RM651 (08 Nov 2010) mulai hari ini dan simpan setahun paling kurang 2 atau 3  keping. Cara best simpan emas, guna teknik Ar-Rahnu..
Harga Dinar Ta hun 2004 = RM212
Harga Dinar 1 April 2010 = RM557
Harga Dinar 1 Mei 2010 = RM560
Harga Dinar 08 Nov 2010 = RM 651 


Untuk pendaftaran fardhu haji, sila klik ini http://www.tabunghaji.gov.my


Dinar Emas wadah dakwah Islam

Penggunaan dinar emas boleh menghentikan peperangan matawang, ini di akui sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika setiap negara masing masing berlumba untuk menurunkan nilai matawang, pasti akan berlaku perang matawang dan menyumbang kepada krisis ekonomi yang lebih teruk. Penggunaan dinar emas paling sesuai bagi menghentikan peperangan matawang kerana emas diterima dan dinilai sama oleh semua dunia.Salah satu keistimewaan emas ia tidak boleh dimanipulasikan.

Tuan puan, ayam di zaman Rasulullah SAW. berharga satu dirham, sekarang selepas 1400 tahun berlalu ia masih berharga satu dirham. Selama 1400 tahun tiada bebanan inflasi.

Ini diinspirasikan dalam Berita Harian bertarikh 2hb.Nov.2011



Untuk tempahan Jongkong Emas dan Dinar Emas boleh hubungi saya 019-4731456
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: " Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manuasia, maka simpanlah Dinar dan Dirham"

(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)



 


Kelebihan Dinar Emas

  • Emas mempunyai  nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.
  • Dinar dan Dirham adalah mata wang yang sebenar
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda
  • Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
  • Penggunaan dinar membolehkan  pembayaran zakat yang lebih tepat.
  • Boleh digunakan sebagai pelaburan dan simpanan
  • Boleh digunakan sebagai hadiah atau cenderamata
  • Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli
  

Matawang Islam
                                                  


Sebagai Simpanan

Membayar Zakat




Sebagai Mas Kahwin


Sebagai Hadiah