Selasa, 9 November 2010

MLM yang gelap mata

Makin lama kita rasa umur kita semakin tua. Tahun depan aku dak masuk 31. Ahhhh ... Tak nak. he..he..
Bukan nak cerita bab umur, tapi cerita pengalaman aku dalam dunia bisnes part time ni.

   Aku dah cuba masuk pelbagai jenis perniagaan dah. Tapi yang paling banyak MLM lah (multi level marketing). Bisnes ni bukan semuanya penipu, tetapi sebahgian besar dr perniagaan ini adalah menaruh harapan besar kepada ahli untuk memiliki kekayaan dalam sekelip mata.

   Aku pun penah terpedaya dengan bisnes mlm ni sebenarnya. Jadi aku dah tak mau involve langsung dah dalam bisnes ni. Paling aku kesal, aku penah invest riban-riban gak la dalam mlm ni. tapi abuk pun tak dak. Penah satu mlm ni, dia ajak org invest mula2 dalam RM ratus-ratus gak la untuk satu skim dia.

  Bila masuk skim yang mula ni, baru bleh masuk skim dia yang lain, yang mana kita tak payah buat kije, invest je riban-riban lepas tu tiap-tiap bulan tunggu duit masuk je. dah le tu pulangan dia plak lebih dari  20% plak tu lebih dari ASB katanya.

   kalau penuh 1st line je dalam sepuluh org aku dah bleh  untung dengan mark up keuntungan ivestment orang lain plak untuk 2nd stage. perghh... gempak gilak la untuk org yang haprak duit macam aku ni.

 Kaorang tengok ek, kalau ada orang masuk let said RM16k pada second stage tiap seorang, so aku believe ada 10 org on that stage. so aku bleh earn more than RM8k per months for 24 months. so macam mana banyak tak.

  So, korang hati-hati lak ek, mana ada bisnes yang senang nak jadi senang. Kalau ada pun, memang bisnes tu nak kapok, nak tipu nak bohong lah namanya. Trend sekarang lak dioarang akan guna nama kerabat diraja bagi menyakini org ramai. So bagi yang belum terkena, careful ok, so bagi yang dah terkena sabaq... banyak2 n anggap lah itu sepak terajang dallam perniagaan.

Aku tak mau kata apa la pada mereka yang memang involved dalam bisnes ni,,,,,,,,,,,,,,. Cuma satu pesanan je yang aku tinggalkan. "Jangan aniaya orang, Nanti tuhan bayaq cash ho....."

Isnin, 8 November 2010

Maksimakan ASB Dengan RM284 Sebulan

 

Maybank menawarkan pinjaman ASB yang agak menarik. Ini adalah kerana tempuh pembayaran baliknya sehingga 25 tahun atau sehingga umur 60 tahun. Tempuh pembayaran balik panjang bermakna bayaran ansuran bulan menjadi rendah.

Dengan peruntukan sebanyak RM284 sebulan, anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran balik bulanan keatas loan ASB RM50K.

Mari kita lihat pengiraan ringkas simpanan @ pelaburan ASB melalui loan Maybank:
Jumlah pinjaman: RM50K
Tempuh bayaran balik: 25 tahun
Bayaran bulanan: RM284 sebulan

Pembayaran balik setahun RM284 x 12 bulan = RM3408
Pulangan dividen @ 7% x RM50K = RM3500
- dividen mampu untuk membayar balik ansuran untuk tahun ke-2
- gaji anda akan kembali normal di tahun ke-2
- akhir tahun, buat loan ke-2 sebanyak RM50K
- buat loan ke-3 dan ke-4 untuk tahun-tahun berikutnya
- sebelum buat loan ke-4, keluarkan baki didalam buku ASB ketempat lain (ASW, TH dsb)
- ini untuk membolehkan loan ke-4 RM50K masuk ke akaun ASB anda - harap maklum bahawa maksima pelaburan ASB untuk seorang pelabur ialah sebanyak RM200K

Ringkasan:
- Bayaran bulan sebanyak RM284 sebulan untuk tempuh 4 tahun
- ASB anda berjumlah RM50K - tahun pertama, RM100K - tahun kedua, RM150K - tahun ketiga, RM200K - tahun keempat
- Dividen tahun pertama RM3500, tahun kedua RM7000, tahun ketiga RM10,500, tahun keempat RM14,000
- Tahun kelima gaji anda akan kembali normal, keempat-empat loan dibayar dengan dividen ASB

Dengan andaian dividen ASB 7% ditahun kelima, dividen yang bakal diperolihi ialah sebanyak RM200K x 7% = RM14,000 setahun.

Dengan andaian bayaran balik pinjaman sebanyak RM284 sebulan untuk keempat-empat loan, bayaran balik sebanyak RM284 x 4 = RM1136 sebulan atau RM12,632 setahun.

Pengiraan diatas adalah sebagai contoh, anda boleh memilih jumlah pinjaman mengikut jumlah pembayaran balik yang anda mampu. Jika akan memilih pinjaman sebanyak RM40K, ia memerlukan tempuh 5 tahun untuk memaksimakan ASB anda.

Teruskan menyimpan dan melabur.....

Nota: Angka-angka diatas adalah andaian sahaja. Sejauh ini dividen ASB tidak kurang dari 7% setahun. Faedah pinjaman dari bank juga akan berubah-ubah dari masa kesemasa mengikut kadar blr semasa. Kadar pinjaman ASB Maybank sekarang ialah BLR 6.3% - 1.65% = 4.65%

Simpanan & Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Gold Account-i

Mungkin sudah ramai yang mengetahui atau sudah membuat simpanan atau pelaburan dalam bentuk emas fizikal. Simpanan atau pelaburan dalam jumlah yang banyak mungkin menimbulkan masalah untuk menyimpannya. Begitu juga dengan keselamatan emas tersebut. Ini boleh diatasi dengan menyewa 'self deposit box' dengan mana-mana bank yang mempunyai perkhidmatan tersebut dengan sewaan tahunan yang berpatutan.

Dengan Kuwait Finance House Gold Account-i, semua masalah diatas dapat diselesaikan. Samada dikeluarkan emas fizikal semasa pembelian dibuat atau biarkan emas fizikal tersebut disimpan oleh KFH tanpa kos tambahan. Maklumat berkenaan KFH Gold Account-i adalah seperti dibawah.

Gold Account-i
Gold... Your Gateway to Diversified Investments
With KFH Gold Account-i, you can conveniently invest and trade in Gold. This account allows you to track and plan your investments wisely as trades are recorded in your account statement.
Make the right choice and talk to us today. We can help you plan your investments.
Product Features and Benefits
  1. Own and trade in Gold without the necessity to hold on to the physical commodity
    Make the most of commodity price fluctuations with the peace of mind that you have the option to not hold on to the physical commodity.
  2. Ease of purchase
    Deposit or purchase can be arranged via a direct debit transaction from your KFH Savings Account-i or KFH Current Account-i.
  3. Affordable initial deposit
    Open an account with an initial deposit or purchase of 10 grams of Gold.
  4. Withdrawal or sell at the Bank's purchase price of gold
    The amount of withdrawal is equivalent to the amount of gold sold based on the Bank's buying price for gold.
Eligibility
  • Personal Account holders must be 18 years, or above.
  • Non-personal account holders such as companies, associations, clubs, societies, professionals and government agencies.
  • Minimum deposit:
    • Personal Account Holders
      Initial deposit, or purchase of 10 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)
    • Non- Personal Account Holders
      Initial deposit, or purchase of 50 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)
Types of Account
  • Personal Account
  • Non-personal Account
Terms and Conditions
Subject to terms and conditions. The bank reserves the right to review and change the above features and benefits, as it deems necessary.
Sila kunjungi cawangan-cawangan KFH-i yang berhampiran > KFH-i
Harga emas KFH-i pada hari ini ialah
Updated: Thursday, 07 Oct 2010
Time Updated: 10:17:48 AM
Currency || Buy || Sell
MYR/gram || 131.27 || 137.25
Emas KFH Gold Account-i adalah dengan ketulinan 995% gold.

CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG

Wow.. ini untuk ilmu/pengetahuan je.. jangan pulak lepas ni semua berkejar-kejar nak jadi bankrap.. Hutang kat dunia memang boleh lepas.. Hutang kat Akhirat.. Hanya Allah yang tahu.. Nauzubillah..
Semoga kita terlepas dari sengsara hutang-piutang..  Rajin-rajinlah amalkan doa di bawah.. Semoga Allah selamatkan kita semua..
Allaahumma innii a’uudzu bika minal hammi wal hazan,
Wa a’uudzu bika minal ‘ajzi wal kasal,
Wa a’uudzu bika minal jubni wal bukhl,
Wa a’uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.

Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Buang ‘hutang jahat”.. Simpan hanya “hutang baik”.. InsyaAllah selamat..

Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap

Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.

Ahad, 7 November 2010

Emas PG di Agrobank

Minggu lepas, aku dah mulakan teknik gadaian di Agrobank, memandangkan bank rakyat tidak menerima emas public gold. Setelah berurusan dengan pegwai bank agro di butterworth, maka inilah pengalaman aku dalam proses nak renovate rumah dalam keadaan duit tak ada. he..he..
Pertama sekali kaedah ini hanya utk mereka yang mempunyai emas jongkong sahaja sebab Ar-Rahnu hanya terima emas fizikal, bukan emas dalam buku akaun seperti GIA atau Maybank Gold Investment.  
Ok, alkisah aku memerlukan wang untuk membiayai perbelanjaan membuat grill tingkap, pintu dan sebagainya yang memerlukan belanja kira-kira RM3,500. Since aku tidak mempunyai cash, aku menggunakan emas 50 gram yang ada utk dipajak gadai supaya memperolehi cash di tangan.  
So aku pergi ke Agrobank, setelah bersetuju dengan nilai pajakan sebanyak 60% daripada nilai marhum emas tersebut maka aku pun memperoleh cash di tangan sebanyak RM3,780.  
Setelah itu aku pun menyelesaikan urusan bayaran grill rumah. Settle part bayaran grill rumah.  
Persoalannya, kenapa aku nak pakai teknik pajak gadai, kenapa tidak apply loan sebanyak RM5,000 dengan bank yang menyediakan pinjaman peribadi.  
Untuk persoalan ini ku mempunyai beberapa jawapan:  
1.     Aku nak cash cepat, so bawa emas fizikal ke Agrobank tak sampai setengah jam dah dapat pinjaman. Tak perlu sign boss/ketua jabatan, tak perlu cop or bawa slip gaji. Hanya bawa ketul emas & sijil ketulenan.
2.    Nilai pinjaman aku kecil, kalau loan bank kemungkinan interest tinggi atau tak di approve.. (fuh masalah ni)..
3.    Tak nak mengamalkan Riba
Biasanya kalau kita buat personal loan, yang untung adalah semestinya pihak bank disebabkan caj interest mereka kita bayar lebih dari pinjaman kita.. At the end of contract kita sendiri boleh kira (12 bulan x RM*** x ** Tahun)..  
Berikut adalah kiraan menggunakan rate emas 999.9 Agrobank.. Bukak kalkulator anda:  

Berdasarkan rate daripada Agrobank  
So daripada kiraan ini, untuk tempoh 11 bulan (Agrobank 6+3+2 bulan), aku hanya perlu membayar RM381.44 termasuk dengan upah simpan untuk menebus balik emas 50 gram tadi. (RM4,195.80 bahagi 11 bulan)  
So, mana untungnya shahrizul???  
Untungnya adalah, takkan dah lupa kot setahun emas naik secara purata dalam 30% setahun..  
Kalau berdasarkan kiraan nilai marhum RM6,300 x 30%… Nilai Marhum emas akan meningkat kepadaRM8,190.00!!!~  
Pelik bukan, walaupun dlm keadaan berhutang pun nilai emas kita tetap naik.. Setelah menebus balik emas, kita dapat emas yang nilainya dah bertambah sebanyak 30% !!! Best tak simpan emas?? Bestttttt…….  
p/s: kita bandingkan kalau kita loan RM4,000 daripada bank A… Dengan kadar caj 5-6% setahun maybe total yang kita perlu bayar adalah RM4,200 sahaja.. Tapi setelah itu, kita tak dapat apa pun.. Sekadar berjaya membayar hutang.. =)  
Tapi dengan emas, setelah membayar sepenuhnya tebus balik emas.. Kita dapat balik emas yang nilainya 30% lebih daripada asalnya…   

Duit dari emas

Bagaimana caranya untuk melabur dalam emas??? saya terangkan sedikit di bawah :

1. Sebagai Aset Untuk Simpanan Hari Tua.

- Beli dan simpan sepertimana barang kemas yang tuan/puan buat sebelum ini.

2. Membuat gadaian di Ar-Rahnu.

- Sebagai cth, Harga emas semasa bagi 100 gram ialah RM 10 K dan Nilai semasa di Bank Rakyat ialah RM 11 K. So ada perbezaan 1 K kerana harga emas di bank rakyat dikawal oleh Persatuan Peruncit Emas Malaysia.

Contoh seperti dibawah:

Harga Emas  untuk 100 gram
Beli 100 Gram
Harga = RM 10,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 11,000
Gadai = RM 7,150 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank


Cash di tangan tuan.puan RM 7,150(jangan guna melainkan terdesak kerana ianya berguna apabila tuan/puan nak tebus balik 100 gram tadi)

Katakan harga emas meningkat sehingga kepada RM 12,000 di bank rakyat dan tuan/puan ingin tebus atau nilai semula ianya akan dikira RM 1000.00 * 35% dan tolak upah simpan di bank RM 100.00(cth sahaja), so tuan2 dapat RM 250.00 dari 100 gram. So cuba bayangkan jika tuan/puan punyai beratus gram atau 1 kilogram emas di bank rakyat. Nilainya akan berganda lagi. Di bawah saya tunjukan cara yang telah saya buat sebelum ini.

Saya ambik cth yang sama seperti di atas:

Harga Emas  untuk 300 gram
Beli 300 Gram
Harga = RM 30,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 33,000
Gadai = RM 21,450 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank

saya simpan Rm 1,450 dan RM 20,000 saya beli lagi 200 gram


Harga Emas  untuk 200 gram
Beli 200 Gram
Harga = RM 20,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 22,000
Gadai = RM 14,300 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank

saya simpan lagi RM 4,300 dan saya beli 100 gram berikutnya


Harga Emas  untuk 100 gram
Beli 100 Gram
Harga = RM 10,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 11,000
Gadai = RM 7,150 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank


Akhirnya saya ada cash ditangan sebanyak RM 12,900 dan 600 gram emas di bank rakyat dengan share 35%. Modal sebenar untuk saya ada jumlah emas ini ialah RM 17,100 (memang x mampu untuk beli 600 gram emas dengan nilai ini kerana nilai emas sebenar ialah
RM 60,000)
tetapi inilah kebaikan Ar-Rahnu.

So jika harga emas di Ar-Rahnu naik kepada RM 12,000 dengan keuntungan RM 250 untuk setiap 100 gram tadi, ini bermakna tuan/puan sudah perolehi RM 1500 (ada ke bank nak bagi banyak ini kepada simpanan tuan/puan)

p/s : Nilaian ini saya letak sendiri bagi memudahkan pengiraan di pihak tuan/puan dan nilaian harga emas semasa jual dan beli ada contoh sahaja.

Tuan/puan boleh fikir bagaimana nak jana DUIT DARI DUIT dari sini. Saya kongsi pengalaman dengan tuan/puan. Penerangan di atas adalah sebagai contoh kepada tuan/puan dalam mengenal erti PELABURAN EMAS sendiri. Walaubagaimanapun terserah kepada tuan/puan untuk membuat gadaian di Ar-Rahnu atau tidak. Simpan emas tidak salah sebagai pelaburan masa TUA nanti.

Boleh hubungi saya bila-bila masa untuk penjelasan.