Jumaat, 12 November 2010

Tips cepat habiskan hutang rumah

Korang nak tau tak camne cara nak cepat ngabihkan bayo utang umah? Cara ini banyak diceritakan di dalam buku-buku yang berkaitan dengan ‘property investment’ dan aku telah pun mempraktikkannya untuk salah sebuah umah sewa aku. Hasilnya.. dapat jugakla aku mengurangkan faedah yang dikenakan pada utang aku tu. So, camne ye??
Sebelum aku gtau, aku nak tanya.. korang perasan tak yang dalam setahun ada berapa minggu? Yes..52 minggu dan kalau 52 minggu ni ditukarkan kepada bulan, ianya akan menjadi 13 bulan dalam setahun. Cuba korang bayangkan instalment umah yang korang bayar tetiap bulan tu ditukarkan kepada setiap 2 minggu sekali, apa akan jadi? Eh..janganlah kalau instalment korang tu RM400, tiap 2 minggu korang bayar banyak tu jugak memang la cepat abis tapi setiap 2 minggu, korang bayar la RM200 (separuh dari jumlah instalment korang). Memang kalau ikut logiknya korang bayar jumlah yang sama tapi sebenarnya setiap tahun korang sebenarnya terlebih bayar sebulan instalment. Amacam? Betul tak dan kalau ikut buku yang aku pernah baca, penulis tu bagitau yang cara ni secara tak langsung akan memendekkan hutang rumah korang sebanyak 3-4 tahun. Macamana boleh jadik camtu? Sebabnya.. interest loan umah kita tu yang dicaj mengikut baki hujung bulan dan kalau setiap tahun baki kita dah terkurang sebanyak sebulan instalment, maka hutang korang pun akan abis cepat le sebab interest yang dicajkan tu dah banyak berkurangan. So, amacam.. mudah kan?
TIPs : Cuba elakkan pembayaran melalui kaedah standing instruction atau autodebit kalau korang nak ikut cara ni.

Report Card : CCRIS


“Aku ingatkan budak sekolah je ada report card, rupa2nya org dewasa pun ada report card jugak. Camne rupa record card tu, bro?” soal kawan aku masa aku lepak kat mamak ngan dia semalam. “Kalo ko nak tau, ko kena le baca next post aku. Nanti aku tunjukkan rupa report card tu sekali.” jawab aku.

Actually, setiap org yg penah amik loan secara automatik akan ada report card dia tu sendiri dan yg akan maintain atau bagi gred kat report card tu tak lain tak bukan bank2 yg ada kat Malaysia ni. Report card yg aku maksudkan ni dinamakan “CCRIS” singkatan drpd “Central Credit Reference Information System”.

Maklumat apa yg ada kat CCRIS tu? Kalau korang nak tau kt dlm CCRIS report tu, semua maklumat tentang liabiliti @ loan yg korang ada kt bank2 di Malaysia ni akan terpampang tak kira la loan kete ke, loan umah ke, hutang kredit kad ke atau pun personal loan. Bukan setakat tu je, pihak bank juga akan tahu dah berapa banyak total loan yg korang dah amik dan berapa banyak lagi baki yg tinggal… dan benda yg paling penting yg pihak bank nk tau dari report ni samaada korang ni jenis ‘prompt paymaster’ atau pun yang selalu ‘tuang’ @ jenis liat nk bayar hutang.

So, bagi korang yg bercadang nak start invest dlm bidang ni, korang kena make sure yg setiap loan korang yg dah sedia ada ni takde masaalah dan kalau ada masaalah pun, cepat2lah di’regularise’ @ di’update’kan, takut loan umah korang nanti tak lepas sbb dah di’blacklisted’ oleh pihak bank. Walaubagaimanapun, kalo korang nak beli umah secara ‘cash’, tak payah la nak amik kisah tentang report card ni.

Tips : ” Pastikan rekod CCRIS anda ‘bersih’ untuk memudahkan pihak bank memberikan anda pinjaman (not applicable for cash buyer)”

Lokasi Umah nak bagi sewa

Susah sangat ke nak carik tempat yg sesuai utk beli umah yg nak bagi sewa. Bagi aku senang je.. Sebelum korang beli, korang kena tau target mkt korang. Korang boleh bahagikan kepada 2 kategori penyewa iaitu org bujang @ student dan family.

Kalo org bujang @ student, korang carik le tempat @ lokasi yg ramai bdk2 muda suke melepak sbbnya bila ramai suke melepak kat area tu, maknanya tempat tu ‘happening’… Kalo tak pun korang carik le umah kt area yg byk kilang sbb budak2 bujang ni kalo korang nk tau suka carik umah yg dekat dgn tempat keje diorg. Bukan ape.. x yah la diorg bangun awal pagi tuk g keje kalo umah diorg dekat ngn tempat keje. Yg ni aku rasa mcm pengalaman aku time bujang dulu. Lagi 1/2 jam nak start keje, baru le aku bangun.. hahaha.

Bagi yg nak cari penyewa di kalangan family, korang boleh le guna teori aku yg satu lagi.. iaitu korang carik le umah yg dekat ngn sekolah especially ‘primary school’ sbbnya senang anak2 diorg nk ke sekolah. Lagipun bebudak sekolah ni mak aku kata pembawa rezeki, kalo dh umah sewa kita dekat dgn sekolah maknanya rezeki yg budak2 ni bawak, tempiasnya akan kena kat umah sewa kita gak.

Tapi kalo korang tak konfiden gak ngn teori aku kat atas tu.. korang ikut je la kat mana mc donald @ kfc nak bukak.. sebabnya ‘company’ tu dah buat research/survey awal2 kat tempat tu sebelum diorg bukak dan kalo korang beli umah kat area tu, maknanya umah korang akan jadik laku cam ‘fast food’ diorg gak. Senang kan?

TIPS Jadi Jutawan

Petang tadi ada kawan aku tanya “camne nak jadi jutawan sebab katanya kalau jadi jutawan tak yah susah2 nak g keje. Boleh la dok goyang kaki kat umah”. Aku jawab.. “bukannya susah ko nak jadik jutawan. Aku pun boleh gtau caranya cuma ko sanggup ke idak nak ikut..”
So, kalo korang teringin sangat nak jadik jutawan.. korang kena la ikut step2 kat bawah ni. Cukup masa aku berani gerenti yang korang pasti akan jadik jutawan, itu pun kalo umo korang panjang. Step2 nya ialah :
  1. Carik lokasi yg korang nak invest. Kalo boleh tempat yg korang tau ttg pasaran sewa kat area tu.
  2. ‘Make sure’ rekod korang clean dlm CCRIS, CTOS, BRIS dan segala macam checking yg bank selalu check.
  3. Carik umah yg korang rasa akan naik valuenya dlm masa 20 ke 30 tahun. Kalo boleh value akan dtg dlm RM100K.
  4. Beli 10 bijik umah yg 25 @ 30% below market value. Bukan apa supaya korang tak payah susah2 kuar duit utk bayar downpayment.
  5. Sewakan kesemua umah2 tu dgn sewa yg berpatutan. Maksud berpatutan kat sini ialah sewa yg dpt cover instalment bank, maintenance fees, fire insurance premium tiap2 tahun dan assessment fee setiap 6 bulan.
  6. Make sure tenant korang tu bayo sewa tetiap bulan without miss
  7. Cukup masa, bile utang umah tu dah abis dibayar… title ‘jutawan’ tu pasti akan jadi milik korang.
Mudah kan : )

Tips untuk Orang Yang Bakal Bankruppp

Ke hulu ke hilir aku dok carik jalan camne nak tlg kwn aku yg bangkrap tu.. dan dah berpuluh2 ringgit kredit henpon aku abis nak kol 2-3 org kawan loyer (peguam) aku, kot2 diorg boleh bagi jalan camne nak buat utk selamatkan member aku ni tapi sume jawapan yg diorg bagi ‘negatif’ belaka. Alasan diorg sbb notis kebangkrapan dah keluar, so kalau dia nak transfer aset dia dah terlambat, unless kawan aku tu sanggup amik risiko ‘hukuman yg lebih berat’. Baru le aku tau yg kite sebenarnya tak boleh jual atau transfer sebarang aset yg kita ada dlm tempoh 6 bulan sebelum keluar notis tu dan aku tanya balik “camne kite nak tau bile notis tu akan keluar?” dan loyer aku gtau biasanya diorg akan gtau anak guam diorg tentang jangkamasa notis tu akan keluar. Oleh itu, apa yang dapat aku rumuskan kat sini ialah :

“Kalau korang rasa korang akan bangkrap, cepat2 la jual atau transfer aset2 korang tu sebelum notis bangkrap tu keluar. Kalo tak … huhuhu sendiri mau ingat la” – tips JAHAT

Kenapa aku dok sibuk2 citer sume benda tu kat sini?? Bukan sebab yg bangkrap tu kawan aku tapi sebab aku takut bile ditakdirkan korang menghadapi situasi yg macam ni, at least korang tau le apa nak buat. Sedangkan Japan Airlines (JAL) yg beso tu pun boleh jatuh muflis, apalagi kita yg sekecik ni. Aku tak nak la umah2 yg aku dah kumpul selama 12 tahun ni hilang begitu saja dan meminjam kata2 dari watak Adnan dlm citer ADNAN SEMPIT… “I don’t want banana fruit two times @ aku tak nak pisang berbuah 2 kali”. So, jadikanlah citer member aku ni sbg pengajaran..

umah flat ke @ ‘umah bawah’??



Semalam, ada org dok tanya “where to start? Go for landed property or apartment?” Aku cuma reply by asking them to read my  blog.


Masa mula2 aku start invest dlm bidang ni, aku dok konpius gak sama ada elok aku beli ‘umah bawah @ landed property atau pun umah flat. Sebabnya kebanyakan buku yg aku baca gtau ‘umah bawah’ ni lebih menguntungkan drpd umah flat @ apartment disebabkan oleh nilai pasarannya yg naik cepat (capital appreciation). Kalo korang tak caya, cuba korang g tgk sebijik ‘umah bawah’ la ni baper harganya dan setahun dr sekrg, korang cuba bandingkan harganya pada masa tu. Kompom naik banyak.

Tapi bila mengenangkan yg pada waktu tu aku takde la banyak sgt duit utk start, so aku pun pilihlah utk membeli umah flat. Dah lah harganya murah, byrn bulanan kat bank pun takdela membebankan sgt.. takat RM300 je sebulan. Cuma dari segi value.. takde la naik secepat ‘umah bawah’. Tapi tak pe yg penting bagi aku, bukannya ‘kekayaan segera’ yg aku cari tapi lebih kepada income bulanan (passive income) bila aku dah retire nanti. Mungkin masa ni aku cuma dpt excess dlm 100 hengget utk sebiji flat tetapi cuba korang bayangkan bila mana semua hutang bank tu telah aku lunaskan dan sewa bulanan pada masa tu plak meningkat.. tak ke untung aku time tu? Tapi tak semua orang sependapat dgn aku dan bagi korang yg mengejar keuntungan segera, mungkin ‘umah bawah’ le jawapannya utk korang..

Tips : ” Tentukan dahulu matlamat anda sebelum memulakan pelaburan di bidang ini. Ingat prinsip berikut : Landed Property = Capital Appreciation / Apartment = Passive Income “

70% je. bunuh diri sajalah ?

Wah.
Harga Rumah = RM200,000
Deposit 30% = RM60,000
Loan to Value ration = 70% = RM140,000 (sahaja, bagi rumah ketiga dan seterusnya)
Hah? RM60k ? Macammana ni?
Saya beli 2 biji rumah dah tapi yg itu both low cost dan itu untuk pelaburan hartanah….beli lak daripada lelong.

Alamak abg junnnn…camne ni?
Apa pendapat korang ?
Aku percaya it kills 35% daripada buyers dalam market.
Aku still rasa boleh bergerak dalam keadaan macam ni. Lebih banyak peluang akan terbuka. Ramai yang menarik diri tetapi….
bagi mereka yang mempunyai simpanan Peluru yang Banyak, inilah masanya untuk menembak!
Ramai yang nak jual rumah akan tersangkut, dan akhirnya dengan rela hati menjual pada harga rendah.
Good luck to all developers with coming new launchers……