Jumaat, 5 November 2010

Syarat Minima Untuk Jadi Jutawan

1) Waras dan tahu nilai 1 juta tu macam mana - Kalau tak waras dan tak tahu nilai 1 juta tu berapa, apa lagi nak dikata

2) Hidup lama dan sihat - Guys ni important, nak jadi jutawan agak memakan masa, tak semudah becakap dan tak semudah yg digebang oleh MLM punyer penipu. So kene hidup lama, macam contoh yg aku simulate, 25 tahun beb. Sihat pun 1 hal jugak, kalau sakit bagaimana nak kerja? Bagaimana nak dapat gaji? What more kalau tak sihat, duit dah kene pakai sebagai belanja perubatan

3) Tak Kene Tipu dengan SCAM -Simple, kalau kene scam, duit habis lesap begitu sahaja. Penting untuk ambil tahun pasal scam dan juga jangan tamak dan terhasut dengan  janji2 manis pulangan lumayan

4) Gaji Minima rm2k dan keatas for starter - Kalau just 1k might not be enough utk jadi jutawan, untuk diri sendiri lepaslah, tapi kalau nak jadi jutawan jugak, kenelah bergaji at least 2k waktu mula bekerja. Bila gaji 2k, bolehlah appy utk loan utk buat pelaburan. Ini penting kerana active income penting utk menjana pasif income

5) Kerja yang ada kenaikan gaji tahunan - Ni pun penting jugak, as we go on with our life, kita makin byk tanggungjawap dgn isteri, anak dan keluarga, so gaji kita pun kene bertambah jugak, kerana kadar inflasi yg semain meningkat. Kalau xde naik gaji, x perlu laa kerja lagi kt situ

6) Melabur dlm pelaburan dengan pulangan melebihi kadar Inflasi - ASB adalah 1 contoh pelaburan yang pulangannya mengatasi inflasi. Boleh consider unit trust, apapun to me, PROPERTY IS A MUST

7) Kereta Pertama yang Murah - Mula2 kerja tak perlu laa beli honda city. Cukuplah sekadar MYVI or Saga BLM  atau waja second hand je, yg murah dan praktikal. Lagi mahal sesuatu kereta lagi tinggi tanggungan. Nanti duit habis utk kereta sahaja dan dah tak boleh nk kumpul modal utk melabur

8) Kahwin Secara Tunai dan Tak Membazir - Ini serius, sekarang punya trend, nak kahwin pun berhutang, sampai sudahlah berhutang. Bila kahwin duit sangatlah terbazir untuk 1 hari tu sahaja. Kenapa aku cakap kahwin secara tunai? Sebab bila tunai terasa duit tu kehabisan, waktu tu laa terasa duit yg selama ni penat kumpul keluar, jadi bila rasa sayang akan duit tu, barulah berbudget2 yg tak membazir dalam perkahwinan. Bila dah kurang menbzir, ada laa sedikit balance utk disimpan kan?

9) Tak terjerat Masalah kad Kredit - Kredit card memang tool yg baik utk memudahkan pelbagai urusan. Kitalah kene menggunakannya dgn bijak. Tapi bahaya sangat kalau terjerat dgn hutang kat kredit, bila dah bertimbun, macam takmau nak surut2, bayar macam dah byk dah tapi tak surut2 jugak hutang tu

10) Sabar dan Disiplin - Banyak kene sabar lawan dugaan, especially barangan electronic mcm blackberry, iphone, DSLR. Disiplin utk simpan/labur secara konsisten dari bulan ke bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan