Jumaat, 5 November 2010

25 tahun bleh jadi Jutawan-Tak Caya ke ?

Matematik memang menarik. So katakan nak jadi jutawan, apa yang kita perlu ada ialah duit yang berjumlah rm 1juta. Disinilah aku nak buat simulasi berapa banyak perlu simpan secara konsisten sebulan dalam sesuatu instrumen kewangan untuk menjadi jutawan dalam masa 25 tahun. Aku fixed kan kadar dividen yang konsisten sebanyak 8%.




Berdasarkan pengiraan, korang cuma perlu simpan secara konsisten rm1097 selama 25 tahun. Katakan mula kerja umur 23, by age 48 korang dh boleh bergelar jutawan.

Hahaha, matematik memang menarik, tapi kehidupan ni terlalu banyak pemboleh ubah berbanding pemalar. In the first place dividen jugak pemboleh ubah dan tak mungkin konsisten.

Selama aku bekerja dan aku mula urus wang, memang matematik hanya indah pada kiraan, tidak pada kehidupan, memang tak boleh nak simpan dengan consistent. Lihatlah perkara2 yg memang tak boleh nak elak yg perlu pakai duit

1) Kene kasik parent consistent bulan2
2) Kene kumpul duit utk downpayment kereta dan moto, so kumpul duit selama 2 tahun dah abis simpanan kat sini. Pasni nak bayar ansuran kereta, nak isi minyak
3) Bercinta dan seterusnya kahwin, ambik ngko, semua simpanan termasuk simpanan parent pun terkeluar sekali. dah 5 tahun x dapat nak save
4) Sewa rumah dan dpt anak, besarkan anak,mmg byk nak kene pakai
5) Nak beli rumah sendiri, abis lagi simpanan, manakan nak consitent nak simpan
6) Rumah dah siap, nak masuk rumah, beli perabot, buat kitchen cabinet, grill. duit ajer without money back in return
7) MISC expenses macam raya dan balik kampung

Apa yg aku nak sampaikan ialah memang laa boleh kalau congak ikut orang kampung. Tapi dalam reality memang terlalu banyak duit yg WAJIB dibelanjakan. Not to mention org yang tak kawal perbelanjaan, silap2 kemuflissan la jawabnya.

Aku nak ajak reader semua realize yang hidup kita ni mungkin lama dan duit memang terhad perlu dibelanjakan dengan berhati2. Janganlah nak belanja ikut kemahuan. Semua kene pakai duit sekarang ni, takut bila kritikal kene pakai nnti duit pulak xde. Sendiri jugak yang susah dan mungkin menyusahkan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan