Jumaat, 5 November 2010

Buat Duit dengan Ar-Rahnu

Ramai pembeli dan sahabat emas saya bertanya , macam mana buat duit melalui sistem Ar-Rahnu lebih-lebih lagi Ar-Rahnu Bank Rakyat.Baiklah , saya pun belum cukup matang dalam selok belok pelaburan emas.Tapi apa yang saya dapat kongsi dari pengalaman dan sedikit sebanyak infor dari orang yang berpengalaman.
Cara untuk buat / tambah pendapatan melalui sistem gadaian Ar-Rahnu adalah melalui pelaburan emas / saham emas.Dengan bahasa yang cukup mudah untuk difahami :
Bawa goldbar / dinar ke tempat gadaian Ar-Rahnu.Kalau bukan Ar-Rahnu tidak digalakkan kerana interest nya yang tinggi.
Duit hasil gadaian tersebut sebagai modal pelaburan emas di Maybank dengan membuka Gold Savings Passbook Account atau Gold Investment Account di Public Bank.Bagi orang Islam Gold Investment Account haram so altenatifnya Gold Savings Passbook di Maybank.
So sekarang keuntungan yang anda diperolehi melalui 2 cabang.Satu melalui kenaikkan harga emas fizikal anda yang ada di Ar-Rahnu dan satu lagi melalui pelaburan Gold Savings Passbook.Sebenarnya bank lagi kaedah untuk menambah keuntungan melalui sistem gadaian Ar-Rahnu , semuanya bergantung pada sejauh mana anda ekploitasi duit hasil gadaian emas anda.So pokok pangkalnya emas fizikal wajib dimiliki sekarang walaupun dengan kuantiti 1 gram.

1 ulasan: