Ahad, 7 November 2010

Duit dari emas

Bagaimana caranya untuk melabur dalam emas??? saya terangkan sedikit di bawah :

1. Sebagai Aset Untuk Simpanan Hari Tua.

- Beli dan simpan sepertimana barang kemas yang tuan/puan buat sebelum ini.

2. Membuat gadaian di Ar-Rahnu.

- Sebagai cth, Harga emas semasa bagi 100 gram ialah RM 10 K dan Nilai semasa di Bank Rakyat ialah RM 11 K. So ada perbezaan 1 K kerana harga emas di bank rakyat dikawal oleh Persatuan Peruncit Emas Malaysia.

Contoh seperti dibawah:

Harga Emas  untuk 100 gram
Beli 100 Gram
Harga = RM 10,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 11,000
Gadai = RM 7,150 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank


Cash di tangan tuan.puan RM 7,150(jangan guna melainkan terdesak kerana ianya berguna apabila tuan/puan nak tebus balik 100 gram tadi)

Katakan harga emas meningkat sehingga kepada RM 12,000 di bank rakyat dan tuan/puan ingin tebus atau nilai semula ianya akan dikira RM 1000.00 * 35% dan tolak upah simpan di bank RM 100.00(cth sahaja), so tuan2 dapat RM 250.00 dari 100 gram. So cuba bayangkan jika tuan/puan punyai beratus gram atau 1 kilogram emas di bank rakyat. Nilainya akan berganda lagi. Di bawah saya tunjukan cara yang telah saya buat sebelum ini.

Saya ambik cth yang sama seperti di atas:

Harga Emas  untuk 300 gram
Beli 300 Gram
Harga = RM 30,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 33,000
Gadai = RM 21,450 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank

saya simpan Rm 1,450 dan RM 20,000 saya beli lagi 200 gram


Harga Emas  untuk 200 gram
Beli 200 Gram
Harga = RM 20,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 22,000
Gadai = RM 14,300 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank

saya simpan lagi RM 4,300 dan saya beli 100 gram berikutnya


Harga Emas  untuk 100 gram
Beli 100 Gram
Harga = RM 10,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 11,000
Gadai = RM 7,150 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank


Akhirnya saya ada cash ditangan sebanyak RM 12,900 dan 600 gram emas di bank rakyat dengan share 35%. Modal sebenar untuk saya ada jumlah emas ini ialah RM 17,100 (memang x mampu untuk beli 600 gram emas dengan nilai ini kerana nilai emas sebenar ialah
RM 60,000)
tetapi inilah kebaikan Ar-Rahnu.

So jika harga emas di Ar-Rahnu naik kepada RM 12,000 dengan keuntungan RM 250 untuk setiap 100 gram tadi, ini bermakna tuan/puan sudah perolehi RM 1500 (ada ke bank nak bagi banyak ini kepada simpanan tuan/puan)

p/s : Nilaian ini saya letak sendiri bagi memudahkan pengiraan di pihak tuan/puan dan nilaian harga emas semasa jual dan beli ada contoh sahaja.

Tuan/puan boleh fikir bagaimana nak jana DUIT DARI DUIT dari sini. Saya kongsi pengalaman dengan tuan/puan. Penerangan di atas adalah sebagai contoh kepada tuan/puan dalam mengenal erti PELABURAN EMAS sendiri. Walaubagaimanapun terserah kepada tuan/puan untuk membuat gadaian di Ar-Rahnu atau tidak. Simpan emas tidak salah sebagai pelaburan masa TUA nanti.

Boleh hubungi saya bila-bila masa untuk penjelasan.

1 ulasan:

  1. Salam, minta maaf tanye mungkin soalan ni agak 'tak bijak'. Saya baru je nak berjinak dgn emas.
    "So jika harga emas di Ar-Rahnu naik kepada RM 12,000 dengan keuntungan RM 250 untuk setiap 100 gram tadi, ini bermakna tuan/puan sudah perolehi RM 1500 (ada ke bank nak bagi banyak ini kepada simpanan tuan/puan)"--rm1500 tu bank akan beri pade kite tunai ke? atau hanye sekadar nilai harga emas yg meningkat selepas kite selesai tebus emas tu kembali?

    BalasPadam