Jumaat, 5 November 2010

Macamana Nak melabur dalam Property

awi: As Salam, boleh tk kongsi camne cara nk bt pelaburan dlm hartanah? tqs
Berikut adalah jawapan dalam comment yg diberikan

 for now, kene beli hartanah ler, kita beli rumah. sama ada melalui subsale ke ,lelong ker ataupun direct dr pemaju. dh beli rumah sewakan ler, kutip duit tetiap bulan. Aku try buat 1 entry utk jawab persoalan ni.
Here we go
  • Mengenali jenis hartanah: Ada rumah kediaman, ada ruang pejabat dan lagi satu shop lot
  • Memilih Hartanah: Biasa rumah kediamanlah utk mereka yg mula bejinak dalam property. Cara miliki property ada 3, Direct developer, Subsale atau lelong. . Memilih hartanah ni adalah step yang sangat penting, kalau membeli untuk investment mmg kene pastikan lokasinya mudah disewakan. Kene buat homework utk tahu sewa macam mana, market value macam mana, berapa +ve cashflow yang nak dari rumah yg dibeli tu. Beli hartanah yg berpotensi membawa untung sahaja
  • Miliki Hartanah: Rumah takkan menjadi milik kita kalau kita tak membelinya. So kene beli dulu. Bila dah pilih nak beli hartanah yg mana satu, maka kenelah beli mengikut jenis pembelian, lelong ikut cara lelong, kalau beli direct developer ikut cara developer, kalau subsale ikut cara subsale. Apa yang pasti, mmg ada lawyer involve untuk perjanjian. Nak beli kenelah pinjam dengan bank, jadi pilihlah pinjanan yg terbaik. Nak dapat pinjaman kenelah ada active income. Saya suka mencanangkan pentingnya active income untuk menjana pasif income. Untuk lebih pasal pinjam meminjam ni, boleh tunggu tulisan saya nanti.
  • Menyewakan Hartanah: Bila dah ada rumah barulah boleh disewakan. Contoh rumah disewakan rm600, bayar maintenance dan bank rm400, bulan2 anda dapat rm200 bersih. Bear in mind ada juga tanggungan lain selain bank dan maintenance.
  • Menjual Semula Hartanah: Hartanah harganya likely akan naik (ada jugak yg turun harga mcm bukit Antarabangsa), so kita boleh make profit dgn jual hartanah tu. Katakan beli rumah pada harga rm80k, lima tahun akan datang harga rumah naik rm110k, hutang dgn bank tinggal 68k. Jadi bila terjual hartanah tu, anda sudah untung 42k
Aku harap jawapan ini sedikit sebanyak nak menjawap persoalan macammnya nak melabur dan buat duit dengan hartanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan