Selasa, 9 November 2010

MLM yang gelap mata

Makin lama kita rasa umur kita semakin tua. Tahun depan aku dak masuk 31. Ahhhh ... Tak nak. he..he..
Bukan nak cerita bab umur, tapi cerita pengalaman aku dalam dunia bisnes part time ni.

   Aku dah cuba masuk pelbagai jenis perniagaan dah. Tapi yang paling banyak MLM lah (multi level marketing). Bisnes ni bukan semuanya penipu, tetapi sebahgian besar dr perniagaan ini adalah menaruh harapan besar kepada ahli untuk memiliki kekayaan dalam sekelip mata.

   Aku pun penah terpedaya dengan bisnes mlm ni sebenarnya. Jadi aku dah tak mau involve langsung dah dalam bisnes ni. Paling aku kesal, aku penah invest riban-riban gak la dalam mlm ni. tapi abuk pun tak dak. Penah satu mlm ni, dia ajak org invest mula2 dalam RM ratus-ratus gak la untuk satu skim dia.

  Bila masuk skim yang mula ni, baru bleh masuk skim dia yang lain, yang mana kita tak payah buat kije, invest je riban-riban lepas tu tiap-tiap bulan tunggu duit masuk je. dah le tu pulangan dia plak lebih dari  20% plak tu lebih dari ASB katanya.

   kalau penuh 1st line je dalam sepuluh org aku dah bleh  untung dengan mark up keuntungan ivestment orang lain plak untuk 2nd stage. perghh... gempak gilak la untuk org yang haprak duit macam aku ni.

 Kaorang tengok ek, kalau ada orang masuk let said RM16k pada second stage tiap seorang, so aku believe ada 10 org on that stage. so aku bleh earn more than RM8k per months for 24 months. so macam mana banyak tak.

  So, korang hati-hati lak ek, mana ada bisnes yang senang nak jadi senang. Kalau ada pun, memang bisnes tu nak kapok, nak tipu nak bohong lah namanya. Trend sekarang lak dioarang akan guna nama kerabat diraja bagi menyakini org ramai. So bagi yang belum terkena, careful ok, so bagi yang dah terkena sabaq... banyak2 n anggap lah itu sepak terajang dallam perniagaan.

Aku tak mau kata apa la pada mereka yang memang involved dalam bisnes ni,,,,,,,,,,,,,,. Cuma satu pesanan je yang aku tinggalkan. "Jangan aniaya orang, Nanti tuhan bayaq cash ho....."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan