Isnin, 8 November 2010

Maksimakan ASB Dengan RM284 Sebulan

 

Maybank menawarkan pinjaman ASB yang agak menarik. Ini adalah kerana tempuh pembayaran baliknya sehingga 25 tahun atau sehingga umur 60 tahun. Tempuh pembayaran balik panjang bermakna bayaran ansuran bulan menjadi rendah.

Dengan peruntukan sebanyak RM284 sebulan, anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran balik bulanan keatas loan ASB RM50K.

Mari kita lihat pengiraan ringkas simpanan @ pelaburan ASB melalui loan Maybank:
Jumlah pinjaman: RM50K
Tempuh bayaran balik: 25 tahun
Bayaran bulanan: RM284 sebulan

Pembayaran balik setahun RM284 x 12 bulan = RM3408
Pulangan dividen @ 7% x RM50K = RM3500
- dividen mampu untuk membayar balik ansuran untuk tahun ke-2
- gaji anda akan kembali normal di tahun ke-2
- akhir tahun, buat loan ke-2 sebanyak RM50K
- buat loan ke-3 dan ke-4 untuk tahun-tahun berikutnya
- sebelum buat loan ke-4, keluarkan baki didalam buku ASB ketempat lain (ASW, TH dsb)
- ini untuk membolehkan loan ke-4 RM50K masuk ke akaun ASB anda - harap maklum bahawa maksima pelaburan ASB untuk seorang pelabur ialah sebanyak RM200K

Ringkasan:
- Bayaran bulan sebanyak RM284 sebulan untuk tempuh 4 tahun
- ASB anda berjumlah RM50K - tahun pertama, RM100K - tahun kedua, RM150K - tahun ketiga, RM200K - tahun keempat
- Dividen tahun pertama RM3500, tahun kedua RM7000, tahun ketiga RM10,500, tahun keempat RM14,000
- Tahun kelima gaji anda akan kembali normal, keempat-empat loan dibayar dengan dividen ASB

Dengan andaian dividen ASB 7% ditahun kelima, dividen yang bakal diperolihi ialah sebanyak RM200K x 7% = RM14,000 setahun.

Dengan andaian bayaran balik pinjaman sebanyak RM284 sebulan untuk keempat-empat loan, bayaran balik sebanyak RM284 x 4 = RM1136 sebulan atau RM12,632 setahun.

Pengiraan diatas adalah sebagai contoh, anda boleh memilih jumlah pinjaman mengikut jumlah pembayaran balik yang anda mampu. Jika akan memilih pinjaman sebanyak RM40K, ia memerlukan tempuh 5 tahun untuk memaksimakan ASB anda.

Teruskan menyimpan dan melabur.....

Nota: Angka-angka diatas adalah andaian sahaja. Sejauh ini dividen ASB tidak kurang dari 7% setahun. Faedah pinjaman dari bank juga akan berubah-ubah dari masa kesemasa mengikut kadar blr semasa. Kadar pinjaman ASB Maybank sekarang ialah BLR 6.3% - 1.65% = 4.65%

Tiada ulasan:

Catat Ulasan